Melibatkan 14 Syarikat Bergaji RM1,000-RM3,500. Ini Cara Sertai Temuduga Online Karnival Pekerjaan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Karnival Pekerjaan Sempena 50 Tahun PERKESO akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Lebih daripada 14 syarikat ternama akan menawarkan jawatan khusus buat golongan pencari kerja, lepasan sekolah, graduan dan lain – lain. Sudah pasti, kebarangkalian untuk terpilih adalah sangat besar jika anda menyertainya.

Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang ini dan kongsi mengenai Mini Karnival PenjanaKerjaya kepada ahli keluarga dan rakan – rakan anda!

Karnival Pekerjaan Sempena 50 Tahun PERKESO

Jika anda berkelapangan boleh sertai karnival atas talian seperti butiran di bawah:

Syarikat-Syarikat Yang Terlibat

Berita baik kerana karnival ini akan disertai oleh beberapa syarikat-syarikat besar. Berikut adalah senarainya:

  • Flex
  • Medivest
  • ABT
  • PTS
  • One Not Enough Supply Food (M) Sdn Bhd
  • Liebherr
  • RSMY
  • Vogel Industrie Malaysia
  • Global Pets
  • Tanjong Puteri Golf Resort
  • Epson
  • McDonald’s Malaysia
  • Merrybrown

May be an image of text that says "SUMBER MANUSIA PERKESO KARNIVAL PEKERJAAN SEMPENA 50 TAHUN PERKESO PERINGKAT PERKESO NEGERI JOHOR 2021 Majikanyang terlibat: flex ABT ABJC 12 DISEMBER 2021 (Ahad) MEDIVEST 9.00 PAGI 3.00 PETANG PTS APLIKASI CISCO WEBEX LIEBHERR RSMY GLOBAL PETS TANJON PUTERI GOLF RESORT VOGEL INDUSTRIE MALAYSIA EPSON EXCEED YOUR VISION M Mb Marrybrown Untukmaklumatlanjut,sila hubungi: Imbas untuk ora- pendaftaran Cik. Liyana En.Akmal (019-2537947) 50 MYFutureJobs Link kPra-Pendaftaran:- https://bit.y/PPJOHORE11AZAH 1-300-22-8000/03-80915300 www.myfuturejobs.gov.my 10000回 @MYFUTUREJOBS S#MYFUTUREJOBS"

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai karnival ini, anda boleh berbuat demikian dengan menghubungi petugas di bawah:

  • Cik Liyana (019-6186916)
  • En. Akmal(019-2537947)

Senarai Jawatan

Pelbagai posisi jawatan ditawarkan mengikut syarikat. Senarai penuh jawatan serta gaji yang ditawarkan boleh dibaca dipautan berikut: SENARAI JAWATAN (KLIK SINI).

Cara Mendaftar MyFutureJobs

Portal pekerjaan MyFutureJobs merupakan inisiatif kerajaan untuk membantu golongan yang masih sedang mencari kerja. Antara golongan yang boleh mohon melalui MyFutureJobs ialah para graduan, golongan pekerja yang hilang kerja akibat Covid, penganggur, pesara dan pelajar lepasan sekolah.

Anda perlu register terlebih dahulu sebelum menggunakan perkhidmatan MyFutureJobs. Berikut merupakan cara daftar MyFutureJobs seperti di bawah.

  • Layari laman web https://www.myfuturejobs.gov.my/
  • Klik JOBSEEKER SIGN IN yang diletakkan di bawah Let your career journey begin here bagi memulakan proses daftar MyFutureJobs.
  • Terdapat satu menu kecil pada sebelah kiri skrin anda.
  • Pada bahagian Please sign in, klik Register.
  • Masukkan e-mel anda pada ruangan Email.
  • Pada bahagian Please register yang sama, masukkan MyKad pada ruangan IC Number.
  • Masukkan kata laluan pada ruangan Password.
  • Klik Register bagi lancarkan cara daftar MyFutureJobs anda.
  • Kemudian, terima terms & conditions bagi melengkapkan pendaftaran anda.
  • Anda akan dibawa secara automatik ke laman Profile anda.
  • Selesai.

Related Posts