Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Lembaga
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) ialah sebuah majlis tempatan yang mentadbir bandar Bintulu dan kawasan lain di Bahagian Bintulu. Agensi itu terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak.
Jawatan Yang Ditawarkan
Penolong Jurutera Gred JA29
- Taraf jawatan: Tetap
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM145
Syarat Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- warganegara Malaysia;
- berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
- diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
Cara Memohon Jawatan
Permohonan dibuat melalui e-recruitment sahaja seperti di pautan berikut: https://erecruitment.sarawak.gov.my/erecruitment/welcome (KLIK SINI)
Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2021.