Kekosongan Jawatan Pegawai MySTEP Di Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia. Gaji Bermula RM1,600

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Info Mengenai Jabatan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia merupakan satu agensi bomba dan penyelamat di Malaysia. Seksyen 5 (1) & (2) Akta Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat 1988 (Akta 341) menetapkan bahawa tugas-tugas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah seperti berikut:

  • Memadamkan, memerangi, menghalang dan mengawal kebakaran.
  • Melindungi kehidupan dan harta benda sekiranya berlaku kebakaran.
  • Menentukan kebakaran, penyelenggaraan dan peraturan kebakaran.
  • Menjalankan siasatan ke atas sebab, asal dan keadaan api.
  • Melaksanakan perkhidmatan kemanusiaan, termasuk perlindungan hayat dan harta benda semasa terjadinya bencana.

JBPM boleh selain daripada tugasnya di bawah subseksyen (1), melaksanakan apa-apa tugas lain yang diamanahkan kepadanya oleh undang-undang atau yang dipegang oleh menteri untuk dilaksanakan.

Maklumat Jawatan Kosong

Pegawai MySTEP

  • Jawatan MySTEP Bertaraf SPM/Pengurusan (Pentadbiran/ICT)
  • Kontrak (1 Tahun)
  • Gaji: RM1,600 Sebulan

Syarat Lantikan

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan *Keutamaan bagi calon yang memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktirfaf setaraf dengannya); dan
(d) Sihat tubuh badan

Cara Memohon Jawatan

Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume (CV) beserta dokumen berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):

(a) Salinan kad pengenalan;
(b) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir dan Salinan Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia;
(c) Salinan tamat pengajian dan/ atau transkrip bagi sijil yang berkenaan;
(d) Gambar berukuran passport.

Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima serta tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan akan ditolak.

Calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas satu (1) bulan dari tarikh iklan ini ditutup adalah dianggap tidak berjaya;

Segala perbelanjaan calon bagi urusan temuduga adalah di bawah tanggungan calon sendiri.

ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dihantar kepada:

Bahagian Pengurusan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang
Jalan Batu Kawan
14100 Simpang Ampat
Pulau Pinang
(u.p.: Puan Gogilavani a/p Subramaniam)

sebelum atau pada 13 Januari 2022

Related Posts