Kekosongan Jawatan Pereka Gred B29 Di Jabatan Audit Negara. Gaji Ditawarkan RM1,800 Sebulan

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Audit Negara mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Info Ringkas Majikan

Jabatan Audit Negara adalah jabatan yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia kewangan di dalam Malaysia. Pada asasnya setiap Sektor Audit kecuali Sektor Audit Khas dan Penyelidikan akan menjalankan 3 Pengauditan Utama setiap tahun iaitu:

  • Pengauditan Penyata Kewangan
  • Pengauditan Pengurusan Kewangan; dan
  • Pengauditan Prestasi

Kekosongan Jawatan

Pereka Gred B29

  • Gaji: RM1,800 Sebulan
  • Termasuk caruman KWSP dan SOCSO
  • Kontrak: Januari – Disember 2022

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam bidang pereka (grafik & multimedia) dan dalam bidang videografi
  • Memiliki sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman dalam bidang grafik & multimedia
  • Boleh bekerja secara berpasukan di bawah pengawasan minimum dan
  • boleh bekerja lebih masa sekiranya diperlukan adalah satu kelebihan
  • Mahir menggunakan Adobe Premier, Adobe After Effect, atau software berkaitan penyuntingan dan rakamn video

Penempatan

Unit Komunikasi Korporat, Jabatan Audit Negara, Putrajaya

Cara Memohon Jawatan

Calon yang berminat boleh kemukakan permohonan secara rasmi bersama resume bergambar yang terkini dan salinan transkrip Diploma yang berkaitan serta dokumen-dokumen sokongan melalui emel kepada [email protected] dengan tajuk emel PERMOHONAN PEREKA MYSTEP UKK.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dijemput ke sesi temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 12 Januari 2022.

Related Posts