Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Info Ringkas Jabatan
Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) ialah salah satu jabatan kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab membina dan menjaga infrastruktur awam di Malaysia seperti laluan persekutuan dan negeri, bangunan kerajaan, elektrik, air dan banyak lagi.
Agensi ini terletak di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia.
Jawatan Kosong Yang Ada
Pembantu Admin
- Kekosongan: 1
- Kadar Upah: RM1,800 Sebulan
- Tempoh: 12 bulan (Feb 2022 – Jan 2023)
Kriteria Kelayakan
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Memiliki Diploma dan setaraf (Keutamaan bidang Teknologi Maklumat/Multimedia/Grafik)
- Mempunyai kemahiran kreatif asas dalam bidang Teknologi Maklumat/Multimedia/Grafik
- Berkebolehan dalam merekabentuk sistem atau aplikasi bagi pengurusan pangkalan data
- Berkebolehan dalam menyediakan kertas pembentangan dan video dengan paparan yang kreatif
- Mempunyai pengetahuan asas dalam pengurusetiaan dan penganjuran mesyuarat, majlis dan program
Cara Memohon Jawatan
Kemukakan resume berserta gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil, salinan sijil Digital Vaksinasi COVID-19 dan dokumen-dokumen sokongan ke emel [email protected] atau alamat berikut:
Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya
Blok F7, Kompleks F,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62000 Putrajaya.
Setiap permohonan yang dihantar hendaklah ditanda “MySTEP: Pembantu Admin” di sebelah kiri atas sampul surat.
Tarikh Tutup Permohonan pada 18 Januari 2022 sebelum jam 12:00 tengahari.