Berikut Cara Memohon Skim Bantuan Hari Raya RM300-RM3,000 One Off Bagi Yang Layak

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang boleh dimohon adalah bantuan kewangan sempena Hari Raya Aidilfitiri 2022 yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan-bantuan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Bantuan Hari Raya

Merupakan bantuan yang diberikan secara “one-off” bagi menampung perbelanjaan dan keperluan menyambut hari raya Aidilfitri.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan minimum RM300.00 sehingga maksima RM3,000.00 (tertakluk kepada perubahan semasa ; kelulusan mesyuarat / Timbalan Yang DiPertua / Pegawai yang diberi kuasa)

Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja

Syarat-syarat Kelayakan

  • Beragama Islam
  • Pemohon adalah rakyat negeri Kelantan yang menetap di negeri Kelantan dan sekiranya bukan rakyat negeri Kelantan, pemohon disyaratkan bermastautin di negeri Kelantan serta tidak menerima bantuan daripada pusat zakat negeri kelahiran / asal.
  • Menepati kaedah-kaedah penentuan asnaf fakir dan miskin sebagaimana yang telah ditetapkan

Cara Memohon Bantuan

  1. Permohonan boleh dibuat secara ”online” menerusi Portal Rasmi MAIK
  2. Pemohon hendaklah memuat turun borang pengesahan maklumat pemohon untuk disahkan oleh imam masjid bandar / jajahan / mukim / penggawa (yang mana berkaitan)
  3. Pemohon hendaklah memuat naik dokumen-dokumen berkaitan yang diperlukan ke dalam sistem e-agihan MAIK
  4. Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau memberi keterangan palsu akan ditolak
  5. Bantuan disalurkan kepada ketua isi rumah kecuali bagi kes-kes tertentu
  6. Bantuan hanya dibayar pada bulan Ramadhan
  7. Permohonan bantuan boleh dibuat dua kali setahun (Jan hingga Jun dan Julai hingga Disember)

Related Posts