Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kulai mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Permohonan Jawatan
Pegawai Penguatkuasa KP41
- Gaji: RM 2,081.00 – RM 9,547,.00
SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00); atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan
tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00)
(iii) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,081.00)
(iv) Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP41: RM2,387.21)
Cara Memohon Jawatan
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).