Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Bandaraya Alor Setar mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Permohonan Jawatan
- Penolong Jurutera
- Penolong Pegawai Seni Bina
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Pembantu Awam
Gaji: RM1,218-RM5,701
SERTAI CHANNEL TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Mempunyai kelayakan akademik
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang- kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- Calon-calon yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
Cara Memohon Jawatan
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).
Hanya calon-calon yang berjaya dalam tapisan awal akan disenarai pendek untuk sesi ujian dan temuduga. CALON YANG BERJAYA AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI E-MAIL, SURAT ATAU PANGGILAN TELEFON.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya. Iklan perjawatan ini boleh dirujuk dengan melayari laman web rasmi MBAS di https://pbt.kedah.gov.my/index.php/peluang-kerjaya-mbas/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.
Tarikh Tutup Permohonan : 30 MEI 2022