Enjin "Overheat" Ketika Memandu, Ini Puncanya

Enjin “Overheat” Ketika Memandu, Ini Puncanya

Enjin “overheat” ketika memandu, segera berhentikan kereta jika lampu suhu panas menyala!

Sebaiknya itulah yang anda perlu lakukan ketika enjin terlalu panas. Ini bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih teruk.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa ini boleh berlaku. Anda kena faham overheat adalah satu masalah dimana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi

My Semakan Online akan berkongsi kepada anda punca enjin kenderaan anda overheat

Baca Juga: Permohonan Bantuan Warga Emas RM500 JKM

Punca Enjin Overheat ketika memandu

Suhu normal sesebuah enjin kereta adalah 70 ke 80 darjah celcius. Jadi jika suhu terlalu tinggi maka berlakulah overheat.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan suhu enjin kereta anda naik mendadak antaranya:

  • Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
  • Motor kipas rosak atau bermasalah
  • Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
  • Masalah pendawaian, relay atau coolant temperatur switch
  • Radiator bocor
  • Radiator tersumber
  • Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
  • Masalah termostat
  • Drive belt kendur, rosak atau putus
  • pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi
  • Core plugs bocor
  • Laluan air atau coolant di dalmnya tersumbat

Peringatan Penting

Apabila overheating berlaku, anda kena biarkan enjin sejuk. Jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika masih panas. Tunggu dan jangan buat apa-apa sehingga enjin menjadi sejuk

Jangan tambah air dengan segera ke dalam radiator untuk meredakan kepanasan kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan

Dan bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator seperti yang dinyatakan atas dan mungkin disebabkan faktor lain

SUMBER: maskulin