BANTUAN AM PERSEKUTUAN: PERMOHONAN BANTUAN RM100 SEBULAN SEORANG SEHINGGA RM350 SEBULAN SEKELUARGA
Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu meringankan beban golongan miskin.
Ia bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan.
Jumlah Bantuan Am Persekutuan
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga.
Syarat Kelayakan Permohonan
Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
- Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua
Baca Juga:
Cara Membuat Permohonan
Cara permohonan adalah seperti berikut:
Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.
Borang berkaitan:
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.
Penafian
Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.
Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.