i-Sayang KWSP: Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

i-Sayang KWSP: Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

i-Sayang KWSP: Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja / Employees Provident Fund (EPF) telah melancarkan kemudahan i-Sayang sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan rakyat dan khususnya ahli KWSP.

Pengerusi, Ahmad Badri Mohd Zahir berkata kemudahan ini akan membenarkan pemindahan secara sukarela sebanyak 2% dari akaun suami ke akaun isteri.

ia juga adalah sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang suami kepada isteri tercinta.

Buat wanita-wanita yang sentiasa bekerja keras dan berusaha memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga, pastikan masa depan anda terjamin dengan adanya simpanan persaraan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skim ini untuk makluman bersama.

 

i-Sayang KWSP

i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

i-Sayang KWSP: Syarat Kelayakan & Cara Permohonan

Kelebihan & Ciri-Ciri Skim i-Sayang KWSP

Berikut dikongsikan kelebihan dan ciri-ciri skim i-Sayang KWSP:

  1. Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
  2. Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
  3. Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
  4. KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

 

Baca Juga: STR Fasa 2: Tarikh & Jumlah Bayaran

 

Syarat Kelayakan

SUAMI – PEMBERI

  1. Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
  2. Ahli KWSP
  3. Belum mencapai umur 75 tahun
  4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

ISTERI – PENERIMA

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ahli KWSP
  3. Belum mencapai umur 75 tahun
  4. Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

 

Cara Membuat Permohonan

Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

  1. i-Akaun (Ahli); ATAU
  2. Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran isayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran.

 

Pembatan i-Sayang KWSP

Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

 

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:

  • Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
  • Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
  • Cawangan KWSP yang berhampiran.
  • Terus ke pautan pantas https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-sayang

 

Penafian

Kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan. Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Related Posts