geran pelancaran

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 sekali bayar: Semak syarat-syarat & senarai penuh penerima

Tahukah anda? Pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif sama ada berbentuk tunai, e-wallet, pembiayaan, geran dan sebagainya. Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan khusus kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Salah satunya adalah melalui sebuah batuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dikenali sebagai Geran Pelancaran. Berikut adalah maklumat dan penjelasan lanjut berkenaan program ini: –

Bantuan Geran Pelancaran

Kepada semua, dimaklumkan bahawa Geran Pelancaran adalah sebuah inisiatif di bawah JKM yang bertujuan untuk memperkasakan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.

Ia juga bagi mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari. Kadar Geran Pelancaran yang ditetapkan adalah sebanyak RM2,700 dan diberikan secara sekali bayar (one-off).

Syarat-syarat Kelayakan Geran Pelancaran

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa.

Cara Memohon

Sebelum itu, dijelaskan dulu bahawa bantuan ini hanya layak diberikan kepada kumpulan sasar JKM seperti mana yang dinyatakan di syarat-syarat kelayakan. Oleh itu, ia hanya terbuka kepada mereka yang telah menjadi penerima bantuan bulanan JKM sahaja.

Permohonan bantuan ini boleh dikemukakan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Akan tetapim setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Perkara ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Bantuan-Bantuan Bulanan JKM

Dalam masa sama, pihak JKM telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan bulanan kepada mereka yang memerlukan. Antaranya seperti Bantuan Am Persekutuan dan Bantuan Kanak-Kanak.

Bantuan Am Persekutuan diberikan kepada individu atau keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Kadarnya adalah sebanyak minima  RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sekeluarga.

Syarat-syarat kelayakan bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan;
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain.

Manakala, Bantuan Kanak-Kanak pula bertujuan untuk membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan.

Ia juga berobjektif untuk membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.

Syarat-syarat kelayakan Bantuan Kanak-Kanak adalah seperti di bawah:

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
  • Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

Bagi maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan-bantuan ini sila rujuk di Portal Rasmi JKM melalui PAUTAN INI bagi Geran Pelancaran dan PAUTAN INI bagi bantuan-bantuan bulanan.

Related Posts