bingkas

BINGKAS: Pemberian e-Wallet RM300 setiap bulan & cara memohon

Tahukah anda? Pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif sama ada berbentuk tunai, e-wallet, pembiayaan, geran dan sebagainya. Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan khusus kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Salah satunya adalah melalui sebuah program yang dikenali sebagai BINGKAS. Berikut adalah maklumat dan penjelasan lanjut berkenaan program ini: –

BINGKAS: e-Wallet RM300 setiap bulan

Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan sebuah program yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS). Program bantuan ini pada asasnya diberikan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan dengan kadar sebanyak RM300 sebulan dalam bentuk e-Tunai (e-Wallet).

BINGKAS juga bertujuan untuk meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

Manfaat-manafaat utama BINGKAS adalah:

  • E-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar;
  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet);
  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
  • -Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik.

Syarat-syarat Kelayakan BINGKAS

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bulanan isi rumah bawah RM5,000;
  • Pemilih berdaftar di Selangor;
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua orang berusia 18 tahun ke bawah;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.

Cara Memohon BINGKAS

Untuk permohonan Program BINGKAS ini, ia hendaklah dibuat secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi BINGKAS. Pemohon juga perlu memastikan dokumen-dokumen berikut dilampirkan semasa membuat permohonan:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan);
  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara);
  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan);
  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta);
  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal);
  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).

Mereka yang layak dan diluluskan permohonannya kemudian boleh membuat pembelian secara e-Tunai di kedai-kedai yang terlibat (semak DI SINI).

Antara barangan keperluan yang boleh dibeli menggunakan BINGKAS adalah beras, minyak masak, gula, garam, biskut, telur, produk tenusu, rempah ratus, tepung, ubat-ubatan, buah-buahan, sayur-sayuran, barangan persekolahan dan sebagainya.

Info dan maklumat lengkap berkenaan BINGKAS sila rujuk di Portal Rasminya (DI SINI).

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor turut memperkenalkan skim Iltizam Anak Selangor iaitu pemberian RM100 setahun selama 5 tahun kepada anak-anak yang lahir di negeri berkenaan bermula pada tahun 2022.

Setiap permohonan yang berjaya akan dibukakan akaun Simpan SSPN Prime dan akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun yang akan dikreditkan ke akaun tersebut.

Dimaklumkan bahawa tempoh permohonan akan dibuka sehingga program ini mencapai kuota 30,000 orang pemohon yang menepati syarat Iltizam Anak Selangor. Permohonan baru akan ditutup dengan serta-merta apabila telah mencapai jumlah permohonan tersebut.

Syarat-syarat kelayakannya adalah seperti berikut:

  • Kriteria anak:
    • Terbuka untuk anak kelahiran bermula tahun 2022;
    • Warganegara Malaysia DAN
    • Lahir di Negeri Selangor (Kod Kelahiran Negeri Selangor di dalam Mykid/Sjil Lahir); DAN
    • Sedang menetap di Negeri Selangor
  • Kriteria ibu/bapa/penjaga:
    • Warganegara Malaysia; DAN
    • Berumur 18 tahun ke atas; DAN
    • Sedang menetap di Negeri Selangor; DAN
    • Pengundi berdaftar di Negeri Selangor.

Info dan maklumat lengkap berkenaan program ini sila rujuk di Portal Rasmi YAWAS (DI SINI).

Related Posts