Cara Mendaftar & Memohon Pembiayaan PPT Bagi Mereka Yang Berkelayakan

Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.

Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah pembiayaan PPT yang mungkin ramai yang terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan PPT yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Syarat Kelayakan

  • Bumiputera , warganegara Malaysia
  • Pelajar telah menerima tawaran pengajian atau telah mendaftar pada pengambilan semasa
  • Lulus temuduga yang dikendalikan oleh YPM .
  • Pemohon mestilah memenuhi syarat status sosio ekonomi keluarga dengan pendapatan purata isi rumah tidak melebihi RM2,000.00 sebulan.
  • Pelajar tidak menerima bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi/badan penaja lain untuk peringkat pengajian yang sama.

Apakah Pembiayaan PPT?

Pembiayaan Pendidikan Tertiari (PPT) diwujudkan oleh Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi menyediakan kemudahan pembiayaan pendidikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak bagi membiayai pengajian diperingkat Pra Universiti, Sijil dan Program Kemahiran.

Pelaksanaan PPT bertujuan memberi peluang kedua kepada pelajar yang tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak dan kepada yang berminat dengan kemahiran.

Mengamalkan konsep “Train & Place” dengan mengutamakan program pengajian yang mempunyai kebolehpasaran pekerjaan yang tinggi kepada pelajar yang dibiaya seterusnya dapat meningkatkan keperluan tenaga mahir kepada negara.

Bidang Yang Layak Menerima bantuan PPT

Berikut adalah jurusan yang layak menerima bantuan PPT:

1. JURUSAN PERAKAUNAN PROFESIONAL (JPPro)

Pembiayaan YPM bagi Jurusan Perakaunan Profesional (JPPro) merupakan satu inisiatif strategik selaras dengan keperluan negara untuk menambah bilangan Akauntan Bertauliah Bumiputera.

JPPro merupakan Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memulakan pengambilan pelajar kohot pertamanya pada sesi pengajian akademik 2018/2019. Ia merupakan satu program usahasama di antara KPM, UiTM dan ACCA.

Dijalankan di Kolej Matrikulasi Selangor, pelajar-pelajar JPPro berpeluang menikmati kerjasama strategik dalam pelbagai bentuk bersama ACCA Malaysia dan UiTM.

Selepas menamatkan pengajian Program Matrikulasi KPM, pelajar-pelajar akan ditawarkan peluang pengajian seterusnya ke Jabatan Pengajian Perakaunan Profesional, Fakulti Perakaunan, UiTM bagi menamatkan pengajian ACCA mereka.

JPPro merupakan laluan alternatif pelajar Bumiputera lepasan matrikulasi melanjutkan pengajian terus ke Program Profesional ACCA dalam tempoh pengajian profesional ACCA yang lebih singkat.

2. PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DAN KERJAYA (PLKK)

YPM merupakan agensi pelaksana bagi Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) bagi tahun 2020 dan 2021.

PLKK menyediakan peluang latihan untuk kerjaya khususnya kepada golongan miskin tegar, miskin dan B40 di luar bandar dengan memberi fokus kepada belia berumur 15 hingga 40 tahun.

Kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan tidak melebihi 6 bulan yang mempunyai jaminan kerjaya selepas tamat kursus. Ia bagi mencapai impak peningkatan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya meningkatkan taraf sosio-ekonomi pelajar dan peserta yang terlibat.

KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN 2021

  • TERMINAL TRACTOR OPERATOR
  • METAL PARTS MANUFACTURING
  • AUTOMOTIVE ASSEMBLY TECHNICHIAN

3. PROGRAM KEMAHIRAN FABRIC ART – INDIGO DYE

Program kemahiran fabric art – indigo dye ini bertujuan melatih individu yang terkesan akibat daripada pandemik dan seterusnya menyediakan medium untuk mereka menjana pendapatan melalui home-based business.

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah golongan B40 atau mereka yang terjejas pendapatan semasa pandemik ini, berumur antara 18 hingga 30 tahun, mereka yang kehilangan pekerjaan atau terjejas pendapatan dan ingin menjana pendapatan melalui perniagaan atas talian

Cara Memohon

Bagi mereka yang berminat dan memenuhi syarat, anda bolehlah membuat permohonan dengan menghubungi talin berikut:

Seksyen Pendidikan Tertiari
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #tertiari

 

Related Posts