agensi

Jawatan kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM): Kelayakan minima SPM

Untuk yang sedang mencari pekerjaan dan jawatan kosong, pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Calon juga dikehendaki meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan, bidang tugas dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Jawatan Kosong Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

PEMBANTU TADBIR

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Masa Kerja: Normal
  • Penempatan: Putrajaya

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  • Membantu Mengendalikan Pelawat/Pegawai Agensi Luar;
  • Membantu Mengendalikan Kontraktor/Vendor.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di Portal MyFutureJobs. Kepada yang belum mendaftar di sistem berkenaan, calon perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum boleh mengemukakan permohonan.

Pemohon juga perlu memastikan hanya memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan sahaja.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Dimaklumkan juga bahawa permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan pada 26 Julai 2024. 

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonannya sila rujuk DI SINI.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ditubuhkan setelah satu kajian yang dijalankan oleh Kerajaan Malaysia pada April 1999. Hasil dari kajian tersebut menunjukkan penguatkuasaan berkaitan maritim tidak begitu berkesan kerana terlalu banyak agensi yang terlibat. Perkara ini mengakibatkan pertindihan dari segi fungsi dan bidang tanggungjawab serta penggunaan sumber tidak ekonomik.

APMM telah ditubuhkan dengan penubuhan satu Tim Nukleus yang ditugaskan untuk menjalankan segala usaha yang perlu bagi mewujudkan agensi ini. Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 (Akta 633) telah diwartakan pada 1 Julai 2004 dan telah dikuatkuasakan pada 15 Februari 2005. APMM kemudiannya memulakan operasi pada 30 November 2005.

Objektif utama APMM adalah menentukan Zon Maritim Malaysia selamat dan aman untuk pengguna; mengurangkan kehilangan nyawa dan harta benda di laut berasaskan piawaian yang ditetapkan; mewujudkan kerjasama mencari dan menyelamat serantau yang berkesan serta mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan komuniti maritim bekerjasama dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Fungsinya pula adalah seperti berikut:

  • Menguatkuasa undang-undang dan ketenteraman di bawah mana-mana undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia.
  • Melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.
  • Mencegah dan menyekat pelakuan kesalahan di Zon Maritim Malaysia.
  • Memberikan bantuan dalam apa-apa perkara jenayah atas permintaan Negara asing sebagaimana diperuntukan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621).
  • Menjalankan pengawasan udara dan pantai.
  • Menyediakan perkhidmatan pelantar dan sokongan kepada mana-mana agensi yang berkaitan.
  • Menubuhkan dan menguruskan institusi maritim bagi latihan pegawai Agensi.
  • Melaksanakan apa-apa kewajipan bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan maritim atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
  • Mengawal dan mencegah pencemaran maritim di lautan lepas.
  • Mencegah dan menyekat pelanunan serta mencegah dan menyekat pengedaran haram dadah narkotik di lautan lepas.
  • Diletakkan di bawah kawalan Angkatan Tentera Malaysia semasa tempoh darurat krisis khas atau perang.

Related Posts