universiti putra

Jawatan kosong besar-besaran Universiti Putra Malaysia (UPM): Minima PT3, Gaji sehingga RM11,761

Untuk yang sedang mencari pekerjaan dan jawatan kosong, pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) kini sedang membuka banyak kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Calon juga dikehendaki meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan, bidang tugas dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Jawatan Kosong Universiti Putra Malaysia (UPM)

  1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q47
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM5,203 – RM11,761
  2. PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,188 – RM9,552
  3. PEMELIHARA HUTAN GRED G41
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM2,084 – RM9,551
  4. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,505 – RM5,696
  5. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,494 – RM5,674
  6. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
    • Taraf Jawatan: Tetap
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR)/Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keperluan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Deskripsi Tugas

  1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q47
    • Menjalankan kerja-kerja penyelidikan pembangunan (R & D) dalam bidang mikroelektronik dan teknologi maklumat atau dalam bidang berkaitan.
    • Menjalankan penyelidikan asas dan gunaan, khidmat nasihat kepakaran, menyebar maklumat-maklumat berkenaan teknologi berkaitan dalam negara.
    • Melaksanakan kajian dan penyelidikan mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta pemindahan sains dan teknologi dan pembangunan serta latihan, kursus-kursus bagi pengguna-pengguna dalam negara.
  2. PEMELIHARA HUTAN GRED G41
    • Bertanggungjawab merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.
  3. PENOLONG PEGAWAI SAINS GRED C29
    • Membantu Pegawai Penyelidik melaksanakan kerja-kerja penyelidikan Sains dan Teknologi Nuklear, merancang, menyelaras dan mengurus operasi penyelenggaraan makmal, mengurus aktiviti berkaitan penyelenggaraan berkala, peralatan khusus, mengawas rekod pembelian peralatan saintifik, membantu aktiviti perhubungan awam berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan penggunaan teknologi nuklear.
  4. PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN GRED G29
    • Membantu merancang aktiviti-aktiviti penerangan berhubung dengan polisi projek, menghadiri ceramah, dialog, kursus/latihan, memberi taklimat dan menerbitkan risalah dan bahan terbitan berhubung dengan projek pertanian.
  5. PEMANDU KENDERAAN GRED H11
    • Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan/jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian (online) di Sistem eJOBS UPM dengan mendaftar di sistem berkenaan bagi yang belum membuat pendaftaran.

Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi jawatan di atas tidak perlu mendaftar semula sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pendaftaran pada tarikh tutup iklan. Akan tetapi, calon perlu memastikan pusat temu duga terdekat dikemas kini sebelum atau pada tarikh tutup iklan.

BANYAK LAGI INFO TERKINI DI: https://t.me/jawatankerja

Pemohon juga perlu memastikan hanya memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan sahaja. Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

Tarikh tutup permohonan pada 14 Julai 2024. 

Maklumat rasmi kekosongan jawatan sila rujuk DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.

Related Posts