fama

Jawatan Kosong FAMA ambilan Julai 2024: SPM dan Diploma layak memohon

Untuk yang sedang mencari pekerjaan dan jawatan kosong, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Calon juga dikehendaki meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan, bidang tugas dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Jawatan Kosong Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

KERANI PENTADBIRAN GRED K1

  • Penempatan: Pejabat FAMA Daerah Muallim, Perak
  • Taraf Jawatan: Anggota Projek FAMA

Syarat-Syarat Kelayakan Jawatan

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan, keutamaan kepada yang memiliki Diploma;
  • Berumur di antara 21 hingga 35 tahun;
  • Mempunyai kemahiran dalam MS Ofice (MS Word, MS Excel dan MS Power Point);
  • Keutamaan diberikan kepada calon yang mahir dalam perisian Google Form;
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan pentadbiran;
  • Mempunyai pengalaman dalam pengurusan pentadbiran;
  • Berinisiatif, rajin, berdikari, terbuka menerima teguran, kemahiran komunikasi yang baik, menepati masa, dan bersedia belajar perkara baharu;
  • Mempunyai minat dalam pengurusan pentadbiran;
  • Sihat tubuh badan.

Deskripsi Tugas

  • Melaksanakan tugas-tugas perkeranian;
  • Melaksanakan tugas seperti mana yang ditetapkan oleh pihak majikan.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang disediakan di iklan rasmi kekosongan.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut:

Pejabat FAMA Negeri Perak, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Kawasan Perindustrian Gopeng 2, KM 16, Jalan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan

Pemohon juga perlu memastikan hanya memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan sahaja.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Dimaklumkan juga bahawa permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Permohonan jawatan ini dibuka sehingga 15 Julai 2024, Isnin.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonannya sila rujuk DI SINI.

Info Tambahan

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan atau Federal Agricultural Marketing Authority  (FAMA) telah ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta 141. Ia merupakan sebuah agensi pemasaran di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan. FAMA bertanggungjawab dalam pemasaran produk agromakanan seperti sayur–sayuran, buah–buahan dan bunga-bungaan serta produk–produk industri makanan dan asas tani.

Bagi memacu sektor pemasaran domestik dan antarabangsa, FAMA berperanan dalam memperluaskan saiz pasaran produk agromakanan dan meningkatkan pendapatan pengeluar. FAMA turut berperanan dalam memastikan produk pertanian dan industri makanan tersedia dan boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar oleh pengguna.

Untuk melaksanakan peranan ini, FAMA telah menggiatkan usaha–usaha meningkatkan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran melalui strategi-strategi berikut: 

  • Pembangunan luang pasaran
  • Pembangunan infrastruktur pemasaran
  • Pembangunan keusahawanan
  • Pembangunan pemasaran produk
  • Pembangunan regulasi pemasaran

Visi FAMA adalah sebagai Peneraju Utama Perkhidmatan Pemasaran Agromakanan Negara. Manakala, misinya pula adalah membangun dan memudah cara perkhidmatan pemasaran yang cekap dan berkesan bagi menggalakkan pertumbuhan, daya saing dan inovasi dalam industri agromakanan serta meningkatkan nilai kepada pelanggan.

Berikut merupakan senarai objektif  FAMA:

  • Memperluaskan akses pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Meningkatkan pembekalan produk agromakanan bernilai tinggi dan/atau permintaan tinggi.
  • Membekalkan maklumat pasaran yang komprehensif dan bersepadu mengenai agromakanan.
  • Menyedia dan menyelaras kemudahan infrastruktur pemasaran.
  • Memacu dan memperkasakan pemasaran digital agromakanan negara di pasaran domestik dan antarabangsa.
  • Menggalakkan kecekapan dan daya saing dalam rantaian nilai agromakanan.
  • Menarik minat, memupuk, meningkat dan mengekalkan penglibatan belia dalam aktiviti pemasaran agromakanan.
  • Menggalakkan amalan pembekalan dan penggunaan agromakanan yang mampan.

Related Posts