Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Yang Ditawarkan
Juruteknik Hasil (Komputer)
- Kekosongan: 4
- Gaji Permulaan : RM 1,734.00
- Penempatan : Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru dan Teluk Intan
Syarat Kelayakan
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Dan; - Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan
vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;
Atau; - Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ;
Atau; - Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
Cara Memohon Jawatan
- Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
- Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://career.hasil.gov.my/
- Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui URL. https://spi.hasil.gov.my/
Tempoh Iklan
TARIKH BUKA : 17 Disember 2021
TARIKH TUTUP : 31 Disember 2021
Maklumat Temuduga
Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad.
Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi LHDNM untuk sebarang perkembangan terkini berhubung tawaran jawatan ini. Sekiranya memerlukan penjelasan lanjut, sila emelkan pertanyaan ke alamat: [email protected]