3 Kekosongan Jawatan Pemandu Kenderaan Gred H11. Gaji Ditawarkan RM1,218.00 – RM2,939.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Baling mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majlis Daerah

Baling ialah sebuah daerah yang terletak dalam Negeri Kedah, Malaysia. Ia bersempadan dengan daerah Kulim di sebelah selatan, daerah Kuala Muda di sebelah barat, daerah Sik di utara, Negeri Perak di sebelah tenggara dan Negara Thailand di sebelah timur laut.

Ia mempunyai keluasan sebanyak 1530 kilometer persegi atau 590.32 batu persegi.

Jawatan Yang Ditawarkan

Pemandu Kenderaan Gred H11

  • Gaji: RM1,218.00 – RM2,939.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00
  • Jumlah Jawatan: 3

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
(ii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(iii) Berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.

Gaji permulaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu:

  • Lesen D : RM1,264.15
  • Lesen E/E1/E2 : RM1,310.30
  • Lesen F/H : RM1,356.45
  • Lesen G/I : RM1,402.60

Cara Memohon Jawatan

Borang permohonan boleh didapati di Laman Sesawang Majlis Daerah Baling (www.pbt.kedah.my/mdbaling) secara percuma.

Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-

  • Gambar berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Sijil Peperiksaan
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja ) vi Lain-lain Sijil yang berkaitan (Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH BALING, 09100 BALING,
KEDAH DARUL AMAN.

Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang permohonan yang dikemukakan. TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pada atau sebelum :16hb, Januari 2022

Related Posts