10 Kekosongan Jawatan Pramusaji Di Hospital Selayang. Gaji Ditawarkan RM1,200+RM500-RM1000 One Off

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Hospital Selayang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Maklumat Majikan

Hospital Selayang terletak di Selayang, daerah Gombak, Selangor. Hospital ini mempunyai 960 buah katil, 20 disiplin klinikal ,dan menyediakan khidmat rawatan menengah dan rawatan lanjutan kebangsaan yang terpilih.

Dalam pelaksanaan dan pembentukan Hospital selayang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengatur langkah oleh objektif Wawasan 2020 di mana Malaysia harus mencapai status negara maju pada tahun 2020 dan menyempurnakan visi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu Hospital Selayang adalah direka bentuk dan dilengkapi dengan peralatan canggih sesuai dengan piawaian antarabangsa.

Hospital Selayang telah direka bentuk,dibina dan dilengkapi dengan Sistem Maklumat Hospital Menyeluruh dengan satu matlamat operasi unggul.

Merupakan hospital yang pertama di Malaysia dan di dunia yang beroperasi dengan sistem ini meliputi seluruh aspek operasinya. Untuk mencapai objektif keadaan fasiliti terbaik, organisasi berkesan dan berkemahiran tinggi, operasi dan pentadbiran dijamin untuk kejayaan hospital ini.

Jawatan Yang Ditawarkan

Jawatan: Pramusaji

  • Lokasi kerja: Hospital Selayang
  • Gaji: RM1,200 + RM500-RM1000
  • Bergantung kepada terma & syarat
  • Kekosongan: 10 Lelaki & Perempuan

Tugasan Pramusaji

Menyediakan dan menghantar makanan kepada pesakit

Kelebihan

  • Masih ada kekosongan hostel untuk lelaki
  • Makan disediakan (makan tengahari)
  • EPF & SOCSO
  • Perubatan
  • Overtime (OT)

Tarikh Tamat Iklan Jawatan

20 Disember 2021

Cara Memohon Jawatan

Untuk mereka yang layak dan berminat, sebarang permohonan boleh dilakukan dengan menghubungi nombor dan petugas berikut:

  1. 011-62064969 (Encik Anwar)
  2. 019-2977566 (Cik Syarafina)

 

 

Related Posts