universiti kebangsaan

Jawatan kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM): Tawaran gaji RM2,100

Untuk yang sedang mencari pekerjaan dan jawatan kosong, pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat. Oleh itu, warganegara Malaysia adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Calon juga dikehendaki meneliti maklumat, syarat-syarat kelayakan, bidang tugas dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan. Berikut adalah maklumat lanjutnya: –

Jawatan Kosong Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

PEGAWAI TADBIR N41

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Kadar Upah: RM2,100/sebulan
  • Penempatan: Pusat Strategi UKM
  • Tempoh: 12 bulan

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia; berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
    • Memiliki ljazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Persekitaran atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
    • ljazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Bidang Tugas

Bertanggungjawab kepada Pengarah Eksekutif Pusat Strategi UKM dalam perkara- perkara berikut:

  • Membantu proses penyediaan data bagi penarafan antarabangsa yang disertai oleh UKM;
  • Membantu menjalankan survey berdasarkan keperluan;
  • Menyediakan maklumat jejak karbon dan penggunaan tenaga mengikut keperluan;
  • Membantu di dalam penyediaan data ranking pusat Strategi UKM yang lain seperti HURS dan QS;
  • Tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.

Cara Memohon

Untuk yang menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan latar diri lengkap (CV), sijil-sijil/dokumen-dokumen berkaitan (yang telah disahkan) ke alamat e-mel: [email protected]

Pemohon juga perlu memastikan hanya memohon jawatan yang selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan sahaja.

Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses. Dimaklumkan juga bahawa permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Tarikh tutup permohonan pada 01 Julai 2024. 

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup permohonan hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonannya sila rujuk DI SINI.

Pusat Strategi UKM ( Strategi UKM) telah ditubuhkan pada 1 Mei 2014 di bawah Pejabat Naib Canselor untuk memudah cara dan memantau pelaksanaan 6 KRA yang telah ditetapkan di semua peringkat. Dalam usaha meningkatkan lagi kecemerlangan sebagai sebuah universiti yang menjuarai pelbagai bidang, UKM telah menggerakkan 18 inisiatif strategik yang melibatkan semua KRA mulai tahun 2018. Inisiatif ini dijenamakan sebagai TEKAD 18.

Dengan mengambil kira perubahan semasa dan pucuk pimpinan pada tahun 2019, Pelan Strategik UKM 2014 2025 yang berasaskan enam KRA telah disemak semula . Sehubungan dengan itu, Pelan strategik baharu yang sesuai dengan situasi semasa dan fokus universiti , iaitu Pelan Strategik UKM 2019 2021 telah dibangunkan.

Misinya adalah penggerak perancangan strategik melalui kesepakatan dalam pendidikan, penyelidikan dan khidmat yang bertunjangkan nilai pegangan Universiti dalam mencapai keberhasilan utama universiti.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan pada tahun 1970 dan ia bukan sahaja telah memenuhi visi para pengasasnya dalam menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk pembelajaran dan keilmuan, tetapi juga berjaya melahirkan para intelektual dan cendekiawan yang menjadi kebanggaan negara.

Bermula dengan hanya tiga fakulti, UKM telah berkembang pesat dan kini UKM mempunyai 14 fakulti, 2 pusat pengajian, 13 institut penyelidikan dan dua entiti komersial iaitu UKM Holdings Sdn. Bhd dan UKM Technology Sdn. Bhd. UKM bukan sahaja telah berkembang dari segi saiz, ia juga kini tersohor sebagai sebuah institusi penyelidikan dalam pelbagai bidang termasuk mengoperasikan pelbagai pusat penyelidikan.

Related Posts