Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaya (UM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Info Ringkas Majikan
Universiti Malaya (UM) ialah universiti yang pertama dan tertua ditubuhkan di Malaysia. Universiti ini terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Kampus Universiti Malaya (UM) meliputi kawasan seluas 309 hektar.
Pada tahun 2020, Universiti Malaya ialah universiti yang ke-59 terbaik di dunia.a
Kekosongan Jawatan
Pengawal Keselamatan Gred KP11
- Gaji minimum: RM1,205.00
- Gaji Maksimum :RM2,939.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00
- Elaun: RM745.00
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di
bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau
(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu
pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kaedah Permohonan
1. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui https://e-recruitment.um.edu.my/
2. Sila emelkan dokumen berikut kepada emel [email protected]:
a) Curriculum vitae;
b) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan benar; dan
c) Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar.
3. Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Januari 2022 (Rabu)