Kekosongan Jawatan Jururawat Gred U29. Gaji Ditawarkan RM1,797.00 – RM5,753.00

Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.

Jawatan Yang Ditawarkan

Jururawat Gred U29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Jadual Gaji: RM1,797.00 – RM5,753.00

Syarat Lantikan

  • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia. (Gaji permulaan: RM1,797.00).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas perawatan dan penjagaan pesakit, pendidikan dan promosi kesihatan, pengawalan dan keselamatan pesakit, peralatan dan ubat-ubatan yang digunakan serta tugas-tugas pengurusan, perancangan, latihan dan penyelidikan bagi meningkat dan mengawal mutu perkhidmatan kejururawatan.

Cara Memohon Jawatan

Pemohon hendaklah mendaftar dan memohon secara online melalui pautan berikut: eJOBS UPM (KLIK SINI)

Anda perlulah mengikut langkah berikut sebelum mendaftar dan memohon secara online: Pembelian Nombor Pin (KLIK SINI)

  • Semua pemohon perlu membuat pembelian nombor pin bagi setiap permohonan baru di pautan berikut:
  • Hanya maklumat permohonan yang LENGKAP dan BETUL sahaja akan dipilih dalam penyaringan.
  • Hanya calon yang dipilih dalam penyaringan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
  • Status permohonan akan dimaklumkan melalui portal eJOBS UPM

 

Related Posts