Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Info Ringkas Institut
IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia.
Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.
Jawatan Kosong Yang Ditawarkan
Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat
- Penempatan : Unit Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Aras 10, Menara KBS, Putrajaya
- Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Sokongan
- Taraf Jawatan : Contract for Services
- Jadual Gaji : Gaji Minimum Gred FA29: RM1,549.00
- Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Kelayakan/ Keutamaan : Mempunyai sijil dalam bidang berikut
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat atau prosesan data yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau - Sijil dalam bidang kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau - Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
atau - Diploma dalam kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Cara Memohon
(a) Calon-calon yang berminat memohon jawatan boleh mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
Bagi jawatan Penolong Eksekutif Teknologi Maklumat Gred FA29
- Resume;
- Salinan Sijil Kelahiran;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Sijil/ Diploma;
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan);
- Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
- Borang permohonan perjawatan (klik di sini untuk muat turun: http://www.iyres.gov.my/images/2021/dokumen/Borang%20Permohonan%20Jawatan%20IYRES.doc
(b) Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).
(c) Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:
Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
(d) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.
(e) Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Unit Pengurusan dan Sumber Manusia
Tarikh Tutup Permohonan : 30 Januari 2022