Tahukah anda? Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan dan inisiatif sama ada berbentuk tunai, e-wallet, pembiayaan, geran dan sebagainya. Bantuan dan inisiatif ini diperkenalkan khusus kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka dari kalangan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).
Salah satunya adalah melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diteruskan pelaksanaannya pada tahun 2024 ini. Kadarnya juga telah ditambahbaik berbanding tahun sebelum ini. Berikut adalah maklumat dan penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai berkenan: –
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah adalah bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat Malaysia dari kalangan berpendapatan B40 dan M40. Bantuan ini juga merangkumi kategori penerima isi rumah, warga emas dan bujang dengan kadar-kadar tertentu.
Hikmah penyasaran semula subsidi, ia telah membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah terus diberi bantuan sewajarnya.
Bagi tahun 2024, syarat-syarat kelayakan STR adalah seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Untuk individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta. Mereka hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Bantuan RM2,500 untuk penerima STR
Bantuan ini diberikan berdasarkan kategori penerima, jumlah pendapatan dan jumlah tanggungan. Oleh itu, kadarnya berbeza-beza dan untuk tahu lebih lanjut, sila rujuk jadual di bawah:
Semakan Kelulusan Bantuan STR
Bagi yang telah membuat permohonan STR, semakan kelulusan bantuan ini boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR, dengan tatacara berikut:
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah;
- Klik log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Bagi yang diluluskan, pembayaran STR akan dibuat sebanyak empat fasa, seperti jadual berikut:
- Fasa 1: Januari 2024
- Fasa 2: April 2024
- Fasa 3: Ogos 2024
- Fasa 4: November 2024
Kaedah pembayarannya pula adalah secara kredit terus ke akaun penerima seperti mana maklumat yang diberikan ketika permohonan dibuat. Bagi yang tidak mempunyai akaun bank atau akaun berstatus tidak aktif – pengambilan tunai boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
Dimaklumkan juga bahawa permohonan STR 2024 kini dibuka sepanjang tahun. Oleh itu, kepada mereka yang masih belum membuat permohonan tetapi menepati syarat-syarat kelayakan – permohonan boleh dibuat secara dalam talian di Portal Rasmi STR.
Ia juga boleh dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan STR (BK-01) boleh didapati secara percuma di Portal Rasmi STR atau Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL
Info dan maklumat lengkap berkenaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sila rujuk di Portal Rasminya (DI SINI).