RAYUAN BKM 2022: SEMAKAN STATUS, TARIKH BAYARAN & JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA
Sehingga kini masih ada yang tertanya-tanya bilakah semakan status Rayuan BKM akan dibuka
sekiranya permohonan rayuan diluluskan, berapakah jumlah bayaran yang akan diterima dan bilakh tarikh pembayaran akan dilakukan?
Oleh itu, My Semakan Online akan berkongsi kepada anda mengenai semakan status rayuan BKM dan tarikh pembayarannya.
Rayuan BKM 2022
Permohonan rayuan BKM telah ditutup sejak jun lalu. 2 Jun 2022 untuk semenanjung dan 7 Jun 2022 untuk Sabah & Sarawak.
Permohonan ini dibuka untuk memberi peluang kepada mereka yang tidak lulus permohonan BKM untuk memohon semula dengan mengemukakan beberapa dokumen.
Semakan Status Rayuan BKM 2022
Menteri Kewangan Malaysia Tengku Zafrul telah memaklumkan sebelum ini bahawa permohonan rayuan yang diluluskan akan menerima BKM melalui bayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4
Keputusan rayuan juga dijangkan akan diumumkan pada bulan September ini memandangkan pembayaran untuk mereka yang berstatus rayuan akan bermula pada September.
Semakan status boleh dibuat di portal BKM di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Bayaran Rayuan BKM 2022
Tarikh bayaran bagi mereka yang diluluskan permohonan rayuan akan dijadualkan pada bulan September dan Disember 2022 melalui bayaran BKM Fasa 3 dan Fasa 4
Memandangkan status kelulusan rayuan BKM belum diumumkan, pemohon yang membuat semakan status rayuan sekarang akan menerima status lama yang tertulis “Tidak Lulus”
Jumlah Bayaran Yang Akan Diterima
Penerima yang lulus akan menerima bayaran berdasarkan kelayakan setiap penerima mengikut kategori isi rumah, bujang atau ibu bapa tunggal.
Sehingga kini, kerajaan belum mengumumkan berapa jumlah sebenar bantuan yang akan diterima oleh penerima rayuan BKM
Namun begitu, berikut kami kongsikan jumlah bayaran yang akan diterima bermula dari Fasa 1 sehingga Fasa 4 untuk memberikan anda gambaran jumlah pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari laman web BKM