Bantuan Bulanan JKM: Senarai Bantuan, Cara Memohon & Syarat Kelayakan
Tahukah anda? Terdapat bantuan kewangan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan khusus kepada kumpulan sasar yang memerlukan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan sempurna.
Skim bantuan ini diwujudkan sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.
Kami dari My Semakan Online akan berkongsi kepada anda maklumat lanjut mengenai bantuan ini dan cara untuk membuat permohonan.
Objektif Pemberian Bantuan Bulanan JKM
Berikut adalah objektif pemberian bantuan:
- Memenuhi keperluan asas bagi meringan beban penerima bantuan
- Alat sokongan sosial untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
- Alat pemulihan agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti / masyarakat
- Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup
Syarat Kelayakan Bantuan Bulanan JKM
Semua permohonan yang dibuat perlulah memenuhi kriteria dan kadar pemberian bantuan kebajikan adalah berdasarkan kepada setiap jenis bantuan berikut:
Anda boleh rujuk setiap jenis bantuan dibawah untuk maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan jumlah bantuan yang akan diberikan.
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Bantuan Warga Emas (BWE)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Am Negeri (BAN)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan, anda kena hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan tempat tinggal anda dan bawa borang berkaitan beserta dokumen sokongan
- Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – MUAT TURUN
- Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – MUAT TURUN
Dokumen Sokongan:
- Kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat JKm di talian 03-8000 8000 atau hadir ke pejabat JKM di daerah anda.